Bestnya bercuti di Sabah

Bestnya bercuti di Sabah

Teringat dari kecil ayah susah-susah hantar gi sekolah, walaupun jalan kaki, walaupun tumpang Pak Majit sebelah tu. Kadang cuti sekolah kita mintak bawa jejalan pegi zoo je pun, tu pun ayah dah bising, katanya ha baguih la duk kawan ngan monyet kat situ. Tapi bising-bising ayah pun dibawaknya juga anak kesayangannya gi main pantai mandi laut sampai hitam hangus.

.

Sekarang dah besar, ada kereta kecik, rasa dah cukuplah untuk diri sendiri gi sana sini bawa isteri anak dua bercuti. Boleh dah bawak gi zoo, pegi sunway lagoon, pegi Cameron Highland. Tengah duk tengok anak-anak main air berenang sana sini, teringat mak ayah kat kampong. Dulu, mak teringin nak gi Sabah, nak tengok lembu nu kat sana kundasang ala ala New Zealand, teringin nak beli gelang mutiara yang Mak Yong kau sebut-sebut je memanjang tu sampai naik bingit telinga mak kau. Ayah tu pulak teringin jugak nak tengok natang serupa monyet tapi hidung panjang tu, teringin gi tengok Gunung Kinabalu depan mata, ye lah selama ni duk hadap kat duit kertas seringgit je.

KK Leisure Tour And Rent A Car Kinabalu Park

Apa salahnya sekali skala ambik cuti lama skit, beli tiket flight awal kat Sabah murah sikit. Bawak sekali isteri anak, mak ayah sama. Plan awal-awal nak gi mana hari pertama kedua sampai habis cuti. Nak kurangkan bajet, sewa kereta je. Kau pusing je Sabah guna google maps, dah boleh gi sana sini. Kalau sesat tanya je sapa2 tepi jalan.

.

Dah angkut lebih 5 orang, sewa la kereta MPV, biar selesa sikit, banyak ruang untuk barang. Yelah, mak tu bukan kau tak tau, kalau boleh dia nak beli stiap sorang geng2 gerup watsap mak-mak meletop dia kat kampong tu keronsang batu mutiara sorang lima, sorang satu peket ikan bilis & udang kering beli kat pasar Filipin, satu keychain orang utan setiap sorang. Ayah ko yang dah lama duk kampong skali datang kat Sabah ni pun dah boleh senyum rasa gembira dapat gi tempat dia nak gi, cuti ngan cucu-cucu dia. Skali seumur hidup pun dah cukup la. Tengok mak ayah gembira kita pun ikut gembira jugak ye tak..

.

Mesti ada yang simpan impian begini kan? Atau mungkin sudah pernah lalui pengalaman begini. Share pengalaman anda dengan kami di ruang komen. Kalau ada antara anda di luar sana yang plan nak datang bercuti Sabah, nak tanya tentang kawasan bercuti Sabah yang sesuai untuk kanak2 & orang tua, nak tanya tentang kereta sewa apa yang sesuai untuk bawak gi naik Kundasang atau kereta sesuai utk perjalanan jauh sikit macam pergi Semporna Tawau Sabah, nak beli untuk souvenir, makanan apa nak try kat Sabah, boleh PM kami di page KK Leisure Tour atau nak senang whatsapp je (+6)016-8309136. Kami sedia beri khidmat dan cadangan, kami juga tumpang gembira bila orang lain senyum gembira dengan family tersayang.

Post Discussion

Be the first to comment “Bestnya bercuti di Sabah”